KEBAJIKAN

LAWATAN DAN ZIARAH


Beberapa orang Skot G7 juga telah mengadakan lawatan dan ziarah kepada brader Jumari yang sedang sakit Paru-Paru Berair ...



Siap bagi khidmat ' Massage ' lagi...

Brader Hanapiah telah menziarahi 530379 Jumari Kadiman yang sedang alami sakit Deman Virus dan kini berada di Hospital Selayang untuk rawatan lanjut sejak beberapa hari lalu setelah dipindahkan dari Hospital Kuala Kubu Baru...kita doakan agar beliau cepat sembuh...aamiin...23.9.2012





Wakil dari Intake 7 telah menziarah 530372 App Rosli Othman  di Hospital Tunku Mizan, Kuala yang kini berada disana hampir 2 bulan kerana menghidap penyakit ' Stroke '. Turut Hadir menziarahi ialah Bekas Pegawai Akademik Afats Mej [ B ] Raja Harun...AWAL JANUARI 2012

Dari Kiri  : App Rauf, App Kamal, Mej [ B ] Raja Harun dan App Rosli



APP HASMADIE @ ADON BIN BAWOK
AL-FATIHAH...Allahyarhamah Puan Normastura binti Che Osman Isteri kepada 530377 App  Hasmadie @ Adon bin Bawok telah kembali keRahmatullah pada Hari Jumaat 13 April 2012  jam 11.15  pagi akibat  penyakit Kanser  dan Pembekuan Darah dalam Otak di Hospital Besar Kuala Lumpur [  HBK L]....Jenazah telah di kebumikan di Jasin, Melaka.....marilah kita berdoa agar roh Allahyarhamah di tempatkan bersama-sama para anbia dan syuhada hendaknya.....amin

APP ROSLI BIN OTHMAN

530372 App Rosli bin Othman juga diberitakan kini berada di Hospital Angkatan Tentera  Tunku Mizan di Wangsa Maju, KL untuk menjalani rawatan penyakit  mati sebelah badan akibat ' Stroke '...beliau telah telah berada di Hospital tersebut hampir 2 bulan yang lalu...semoga cepat sembuh


APP HAJI MD KHAIR BIN PARLAN
530385 App Md Khair bin Parlan telah kehilangan isterinya Allahyarhamah..............
 .................................... sekitar pada tahun 2008...semoga allahyarhamah berada 
dalam golongan yang bertaqwa..Takziah dari kami semua untuk keluarga App Md Khair Parlan


APP KATAMI BIN ABU HASSAN

530419 App Katami Abu Hassan telah kehilangan Isteri yang tercinta  Allahyarhamah Puan Haironi binti Haji Bujang pada sekitar tahun 2008....Semoga rohnya ditempatkan bersama orang yang bertaqwa.......Takziah dari kami semua untuk keluarga App Katami Hassan



APP SALIM BIN SAID

530378 App Salim Said turut juga kehilangan isteri tercinta Allahyarhamah Puan .............................akibat sakit pada sekitar tahun 2009...semoga Allahyarhamah berada didalam golongan isteri-isteri yang solehah...amin..Takziah dari kami semua untuk keluarga App Salim Said


APP JOHAR BIN MUSTAFFA

Di beritakan [ dari App Kamal ] 530402 App Johar Mustaffa kini terlantar didalam keuzuran akibat mengalami sakit tulang belakang..beliau kini bermastautin di Johor...doakan agar beliau cepat sembuh...aamiin












No comments:

Post a Comment